Just another WordPress.com weblog

tengok tajuk saja… dah sah2 tahu sedia ada cikgu yg mengajar subjek ni memang seorang yg kuat berleter sebab nak suruh pelajar2nya suka dan menyintai subjek baru ini. macam i ker? hmmmmm tak elok nak point2 i sebagai kaki leter owkay. ehehehehehe i cuma banyak cakap.

Ekceli, si kaki leter itu adalah nama lain bagi “calculator” . What? apa sinonim calculator dengan IBS? ahahahahha itulah… IBS juga ada pengiraan. hmmm *jap nak tunjuk muka berlagaks pada semua yg tak datang kelas saya ari tu.

cut the crap!!!

PENGIRAAN DALAM IBS

IBS SCORE…

1. Apa itu IBS SCORE?

A= IBS SCORE adalah pengiraan berdasarkan formula dan standard tertentu untuk mengira peratus penggunaan elemen IBS dalam sesebuah projek bangunan. ianya merupakan sistem penilaian yang bersistematik dan berstruktur

2. apa objektif nya? objektifnya adalah untuk mengukur kandungan penggunaan komponen IBS dalam sesuatu projek bangunan dengan lebih bersistematik.

3. apa prinsip IBS SCORE?

A= i. Penggunaan “prefabricate components”

ii. Penggunaan komponen standard berdasarkan kepada saiz standard Malaysia (MS 1064)

iii. Rekabentuk yang berulangan

4. kenapa guna Modular?

A= 1. mengkordinasikan ukuran, lebih mudah dan jelas

2. mengurangkan kepelbagaian ukuran

3. standardisasi

4. pra-fabrikasi

5.    1 M = 100 mm

5. pembahagian peratusan skor dalam sesebuah projek bangunan?

(sistem struktur -> 50%) + (sistem dinding ->  30% ) + (Kaedah kebolehbinaan -> 20%) = 100%

6. bagaimana nak menilai skor ni?

7. apa formula ibs score?

8.  Bagaimana nak kira ni?

hmmm… untuk pengiraan ini, saya akan sambung pada episod akan datang…

(^_^)

*source: IBS Centre

Advertisements

 

nak kata baru diperkenalkan dalam Malaysia.. takder lah baru sangat. kerana kalau kita kaji balik sejarah perkembangan dunia pembinaan ni, konsep IBS telah pun mula digunakan seawal tahun 1966 iaitu projek perintis IBS: Flat Pekeliling,KL & Flat Riffle Range, P.Pinang

gambar kat atas ni merupakan carta perkembangan teknologi pembangunan IBS di negara kita. di sini kita dapat lihat beberapa siri Road Map telah dijalankan dan program MIIE 2011 akan dijalankan jangkaan bulan April nanti. Dalam pameran MIIE inilah, kita dapat lihat byk produk2 IBS terbaru diperkenalkan untuk keperluan dan pengetahuan para kontraktor dan pelanggan.. serta masyarakat di luar sana. besh… dan sangat besh… maka.. ceriakan diri untuk sertai pameran ini.

Kenapa kita perlu teknologi IBS ini?

adakah untuk menunjukkan kita kaya dan bertaraf jutawan? atau saja2 nak bazirkan waktu..?

owh tidak! tidak! tidak!

Ianya adalah disebabkan

a) Kita nak menuju ke arah memodenkan industri pembinaan Negara dan memacu Konsep Pembinaan Terbuka sebagai matlamat jangka panjang

b) juga disebabkan kita mahu mencapai objektif negara untuk

i)mengurangkan penggunaan tenaga kerja asing. maka kita dapat kurangkan beberapa konflik dan isu semasa terutama dalam masalah sosial, politik dan sebagainya

ii) mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.. di mana kita tidaklah terlalu berpegang prinsip tanpa kemahiran dia orang… kita tak boleh nak buat. sebenarnya boleh.. cuma adakala apabila kita terlalu bergantung dengan orang luar, kita tidak nampak tentang potensi dalam negara sendiri.. dan untuk keperluan tenaga luar yang sangat mahir dan pakar.. kita perlu membayar dengan jumlah yang sangat tinggi bagi setiap khidmat yang diberikan…

iii) Peningkatan kualiti, produktiviti, keselamatan, dan daya saing di dalam industri pembinaan.

iv) Matlamat jangka panjang untuk mencapai Sistem Pembinaan Terbuka dan pengindustrian sektor pembinaan Malaysia

Apakah cabaran2 yang dihadapi?

Cabaran utama dalam melaksanakan IBS di Malaysia adalah daripada segi kemahiran dan standardisasi


cabaran :

1. Kemahiran: – dari segi kurangnya pekerja atau professional yang berkemahiran perkara yang dibangkitkan adalah:

•kurangnya pendedahan atau pengetahuan untuk merekabentuk di kalangan profesional (arkitek, jurutera) mengenai sistem IBS
• kurangnya pekerja berkemahiran dalam pemasangan komponen, pengurusan projek IBS di tapak bina

2. standardisasi

 

•Perkara lain yang dibangkitkan adalah:
•  pengeluaran komponen IBS masih “proprietary” dan tidak standard; menyebabkan harga komponen mahal
•  kurangnya pengawalan kualiti di kalangan pengeluar kecil IBS dan produk yang inovatif dan dapat meningkat estetik bangunan

Gambar di bawah ini adalah rajah penstrukturan semula halatuju IBS.. setiap pihak mempunyai peranan masing2 dalam menjayakan cabaran IBS ini…

 

IBS (episod 3)

kegilaan tentang IBS… ,

1. pakej DIY- pernah tak kau teringin nak buat cross stitch tapi tak reti sebenarnya dan sangat malas untuk masuk kelas dan belajar? okay.. pas tu tetiba bila tgk kat kedai tergantung frame2 chomeyl dan menerujakan.. dalam hati terus berbunga ros untuk cuba bua t. hati masih malas untuk masuk kelas sebab kena bayar yuran yang byk.. . kau cuma mampu mencapai satu set dalam plastik putih .. membuat cross stitch gambar cartoon mickey mouse yang berharga RM7.90 sahaja. itu pun pasti membahagiakan hati untuk mewarwarkan pada seantero dunia bahawa kau juga bakal menjadi surirumah yang lengkap dan sempurna … -_-

dalam teknologi IBS.. sama juga. contohnya kau nak buat roof truss. maka nya…, kau hanya beli pakej DIY roof truss itu sendiri dan ada arahan cara2 menyambungnya. tapi sekarang ini bukan setakat bat roof truss sahaja. malah sebuah rumah kecil yang bukanlah banglo mewah 5-6 tingkat yang ada kolam renang pelbagai. tidak tidak.. ini hanyalah untuk keperluan kalau pasangan yang baru berkahwin yang takder duit banyak tapi berangan nak ada rumah sendiri tanpa menyusahkan mak bapak…, ataupun bagi seorang yang baru jer dapat kerja tapi tak nak duk kat umah flat segala…

tak percaya? nah lihat klip ni kit house KOKOON construction

2. sama macam satu malam di hujung minggu, kau rasa sangat bosan dan rasa tak boleh nak fikir untuk buat apa2 aktiviti selain daripada duduk di depan tv sambil buat muka penuh kebosanan dan aksi mata yang tak boleh blah macam mata kuyu Garfield. maka kau pun menelefon PIZZA HUT Delivery untuk pesan pizza yang sangat mengghairahkan kembali diri dan bersemangat untuk menonton tv dalam keadaan ceria dan riang gembira. begitu juga dengan pakej modular homes… di mana kita menempah design dan rekabentuk rumah yang kita mahukan.. di kilang tertentu. dan kita hanya sediakan tapak yang telah siap untuk diletakkan bangunan di atasnya. maksudnya dah siap dengan foundation kukuh dan beam yang stabil laa… pas tu bila tiba hrinya, kontena akan datang ke tapak tersebut dan akan meletakkan saja block2 atau komponen2 ruang yang telah disiapkan terlebih dahulu di kilang.

Apa? Tidak percaya dengan kegilaan ini? nah… tengok video ini?

1. Setting a modular home in Brevard, NC!

2. Building a Modular House

3. Modular House

4. Modular Home Construction

5. Modular Home Set Video

 

bersambung…

IBS (episod 2)

APPLICATION OF IBS!!!

Apa? tak faham lagi? nah tengok video ni… kelik di sini.

 

beberapa product2 IBS adalah… seperti berikut

1. Pre-fab timber roof trusses

2. truss me system

3. zipblocks

4. Meyer Lok Lock Block Interlocking Concrete Masonry Unit

5. Green Construction Technology – Advanced Curve Blocks

6. Modular Roofing System – Ridge Panels

7. pallet and header precast concrete forming system

8. Precast Concrete Wall System, Quick Wall by Manning Building Supplies

9. Precast Concrete Wall System, Quick Wall by Manning Building Supplies

10. Supranos Systems Prefab Concrete Floors/Roofs Part 1

11. Supranos Systems Prefab Concrete Floors/Roofs Part 2

12. Neru Advanced Tunnel Form

banyak lagi produk2 IBS… satu jer petua .. kena rajin mencari…okay…

 

bersambung ker episod 3… selamat malam

IBS

IBS

HOH!!! Apa itu IBS? Sejenis penyakit berkaitan dengan ketidakupayaan dalam system? Owhhh tidak tidak tidak. IBS adalah singkatan dari Industrialised Building System.

“A construction technique in which components are manufactured in a controlled environment (on or off site), transported, positioned and assembled into a structure with minimal additional site works”

Agak2 dah boleh tangkap maksud IBS tak? Lebih kurang macam kau nak buat sebiji kereta. Komponen2 kereta dating dari kilang2 dan kau hanya tinggal pasang komponen2 tersebut. Tadaaaaaaaaaaa … dah jadi sebiji keta…. Gitulah lebih kurang maksudnya. Kalau di tapak bina.., rasuk, tiang, lantai, pintu, tingkap.. dan semua komponen rumah atau bangunan akan ditempah dari kilang. Kat tapak bina, tinggal aktiviti pemasangan komponen tadi sahaja.

Konsep IBS ini ada banyak jenis.

1.       TYPE 1: PRECAST CONCRETE FRAME, PANEL & BOX SYSTEMS

a.       PC columns, beams

b.      3D-components

c.       Slabs

2.       TYPE 2: STEEL FORMWORK SYSTEMS

a.       Tunnel forms,

b.      Beams and column moulding forms,

c.       Permanent steel formworks (metal decks), etc.

3.       TYPE 3 : STEEL FRAME SYSTEMS

a.       Steel beams and columns,

b.      portal frames,

c.       roof trusses, etc

4.       TYPE 4: PREFABRICATED TIMBER FRAME SYSTEMS

a.       Timber frames, Pre-fab timber roof trusses, etc.

Seksi kan??? Kan??? Kan???

5.       TYPE 5 : BLOCKWORK SYSTEMS

a.       Interlocking concrete masonry unit (CMU), Lightweight concrete blocks, etc.

6.       TYPE 6 : INNOVATIVE PRODUCT SYSTEMS


(bersambung ker episode 2)

sumber… IBS Centre

okay… entry kali ini, adalah berkaitan tentang CIDOS. buat masa ini, penggunaan CIDOS haruslah digunakan dengan baik dan sepatutnya menjadi salah satu kaedah utk pelajar berinteraksi dengan pensyarah.

byk soalan tentang CIDOS

soalan 1

apakah CIDOS?

jawapan: singkatan daripada … Curriculum Information Document Online System

soalan 2

tak reti nak guna benda alah ni

jawapan : sila kelik di link ini …,
student_manual

soalan 3

alah!!! naper profile saya salah…

jawapan: profile itu boleh di update. sila kelik link ini UPDATE_PELAJAR

jika masih ada lagi persoalan tambahan yang berlegar dan berpusing di dalam kepala anda itu, silalah menghubungi Penasihat Akademik masing-masing ataupun hubungi saya terus.

format report…

e-thesisman04

RUJUKAN pg60-61

Tag Cloud