Just another WordPress.com weblog

adakala tugas yang sangat keterlaluan membuatkan saya tidak masuk ke kelas. saya terpaksa menghadiri kursus dan mesyuarat lain. itulah sebabnya saya melahirkan blog ini agar saya dapat memberikan satu lagi kaedah agar anak murid saya masih lagi dapat membaca semua nota2 saya dan membuat segala latihan dan aktiviti ringkas.

senario dan situasi pelajar2 di zaman ini

1. “Cik, kenapa banyak sangat nota ni? penatlah saya nak kelik dan baca”

 

2. “Cik, kita orang minta maaf sebab datang lambat… kita orang ingat kita orang masih awal lagi.” (pada hal dah lewat 30 minit)

 

3. Student: “cik, saya tak siap lagi tugasan. susahlah cik. boleh tak kalau saya hantar minggu depan?”

Lecturer: “tak yah hantar terus pun tak mengapa, tapi kena amik balik lah subjek ni sem depan”

 

4. Lecturer : kita buat ujian hari jumaat ni. sila bersedia

Student: apa? alamak cik, kita orang ada kelas lain lah. hari lain cik

Lecturer: bila awak semua boleh buat ujian? hari khamis?

Student: alamak.. awalnya cik. mana sempat sehari nak study. tak yah buat ujian laa cik.

Lecturer: hmmm suka hati lah

 

5. Lecturer: Cuba bagi kat saya apa alasan awak untuk datang lewat

Student: Dah memang hobi saya suka datang lewat. tak boleh nak buat apa dah cik

 

* sikap sebegini yang membuatkan sesetengah pihak terutama cikgu dan pensyarah berasa marah dan terusik di hati. tapi bukan sikap para pendidik yang akan kritik sana sini dan komplen dan membalas dendam. maka tindakan yg dibuat adalah membebel dan cuba menyedarkan pelajar dengan bersikap lebih tegas. tetapi, rupanya… pelajar tetap membencinya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: