Just another WordPress.com weblog

 

nak kata baru diperkenalkan dalam Malaysia.. takder lah baru sangat. kerana kalau kita kaji balik sejarah perkembangan dunia pembinaan ni, konsep IBS telah pun mula digunakan seawal tahun 1966 iaitu projek perintis IBS: Flat Pekeliling,KL & Flat Riffle Range, P.Pinang

gambar kat atas ni merupakan carta perkembangan teknologi pembangunan IBS di negara kita. di sini kita dapat lihat beberapa siri Road Map telah dijalankan dan program MIIE 2011 akan dijalankan jangkaan bulan April nanti. Dalam pameran MIIE inilah, kita dapat lihat byk produk2 IBS terbaru diperkenalkan untuk keperluan dan pengetahuan para kontraktor dan pelanggan.. serta masyarakat di luar sana. besh… dan sangat besh… maka.. ceriakan diri untuk sertai pameran ini.

Kenapa kita perlu teknologi IBS ini?

adakah untuk menunjukkan kita kaya dan bertaraf jutawan? atau saja2 nak bazirkan waktu..?

owh tidak! tidak! tidak!

Ianya adalah disebabkan

a) Kita nak menuju ke arah memodenkan industri pembinaan Negara dan memacu Konsep Pembinaan Terbuka sebagai matlamat jangka panjang

b) juga disebabkan kita mahu mencapai objektif negara untuk

i)mengurangkan penggunaan tenaga kerja asing. maka kita dapat kurangkan beberapa konflik dan isu semasa terutama dalam masalah sosial, politik dan sebagainya

ii) mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.. di mana kita tidaklah terlalu berpegang prinsip tanpa kemahiran dia orang… kita tak boleh nak buat. sebenarnya boleh.. cuma adakala apabila kita terlalu bergantung dengan orang luar, kita tidak nampak tentang potensi dalam negara sendiri.. dan untuk keperluan tenaga luar yang sangat mahir dan pakar.. kita perlu membayar dengan jumlah yang sangat tinggi bagi setiap khidmat yang diberikan…

iii) Peningkatan kualiti, produktiviti, keselamatan, dan daya saing di dalam industri pembinaan.

iv) Matlamat jangka panjang untuk mencapai Sistem Pembinaan Terbuka dan pengindustrian sektor pembinaan Malaysia

Apakah cabaran2 yang dihadapi?

Cabaran utama dalam melaksanakan IBS di Malaysia adalah daripada segi kemahiran dan standardisasi


cabaran :

1. Kemahiran: – dari segi kurangnya pekerja atau professional yang berkemahiran perkara yang dibangkitkan adalah:

•kurangnya pendedahan atau pengetahuan untuk merekabentuk di kalangan profesional (arkitek, jurutera) mengenai sistem IBS
• kurangnya pekerja berkemahiran dalam pemasangan komponen, pengurusan projek IBS di tapak bina

2. standardisasi

 

•Perkara lain yang dibangkitkan adalah:
•  pengeluaran komponen IBS masih “proprietary” dan tidak standard; menyebabkan harga komponen mahal
•  kurangnya pengawalan kualiti di kalangan pengeluar kecil IBS dan produk yang inovatif dan dapat meningkat estetik bangunan

Gambar di bawah ini adalah rajah penstrukturan semula halatuju IBS.. setiap pihak mempunyai peranan masing2 dalam menjayakan cabaran IBS ini…

 

Comments on: "cabaran dalam dunia IBS…" (4)

  1. garlic said:

    IBS sgt menarik…nk tye…struktur2 yg dh siap tu dtg dari kilang kan…nak joint kan sume struktur2 tu mcm mane ya???

    • wsuzana said:

      sebenarnya ia lebih bergantung kepada pemilihan jenis produk IBS yang digunakan. contohnya, kalau guna precast wall panel yang ditempah di kilang..dalam keadaan panel dinding yg dah siap, maka bila di tapak, ia akan disambung guna bolt and nut dan akan di grout. adda kala guna wire cable untuk cantuman slab. jika guna sistem formwork jenis tunnel system, maka slab dan dinding telah dicantum terus.

  2. dari segi kekuatan struktur,adakah penggunaan teknologi IBS dpt menampung berat,sebagai cth hotel 20 tingkat, adakah praktikal dgnmenggunakan teknologi tersebut?

    • wsuzana said:

      itu bergantung dari sudut ikatan/sambungan di antara struktur atau komponen yang digunakan. walaubagaimanapun untuk bangunan setinggi 20 tingkat, tidak berapa praktikal untuk menggunakan kaedah IBS ini …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: