Just another WordPress.com weblog

IBS (episod 3)

kegilaan tentang IBS… ,

1. pakej DIY- pernah tak kau teringin nak buat cross stitch tapi tak reti sebenarnya dan sangat malas untuk masuk kelas dan belajar? okay.. pas tu tetiba bila tgk kat kedai tergantung frame2 chomeyl dan menerujakan.. dalam hati terus berbunga ros untuk cuba bua t. hati masih malas untuk masuk kelas sebab kena bayar yuran yang byk.. . kau cuma mampu mencapai satu set dalam plastik putih .. membuat cross stitch gambar cartoon mickey mouse yang berharga RM7.90 sahaja. itu pun pasti membahagiakan hati untuk mewarwarkan pada seantero dunia bahawa kau juga bakal menjadi surirumah yang lengkap dan sempurna … -_-

dalam teknologi IBS.. sama juga. contohnya kau nak buat roof truss. maka nya…, kau hanya beli pakej DIY roof truss itu sendiri dan ada arahan cara2 menyambungnya. tapi sekarang ini bukan setakat bat roof truss sahaja. malah sebuah rumah kecil yang bukanlah banglo mewah 5-6 tingkat yang ada kolam renang pelbagai. tidak tidak.. ini hanyalah untuk keperluan kalau pasangan yang baru berkahwin yang takder duit banyak tapi berangan nak ada rumah sendiri tanpa menyusahkan mak bapak…, ataupun bagi seorang yang baru jer dapat kerja tapi tak nak duk kat umah flat segala…

tak percaya? nah lihat klip ni kit house KOKOON construction

2. sama macam satu malam di hujung minggu, kau rasa sangat bosan dan rasa tak boleh nak fikir untuk buat apa2 aktiviti selain daripada duduk di depan tv sambil buat muka penuh kebosanan dan aksi mata yang tak boleh blah macam mata kuyu Garfield. maka kau pun menelefon PIZZA HUT Delivery untuk pesan pizza yang sangat mengghairahkan kembali diri dan bersemangat untuk menonton tv dalam keadaan ceria dan riang gembira. begitu juga dengan pakej modular homes… di mana kita menempah design dan rekabentuk rumah yang kita mahukan.. di kilang tertentu. dan kita hanya sediakan tapak yang telah siap untuk diletakkan bangunan di atasnya. maksudnya dah siap dengan foundation kukuh dan beam yang stabil laa… pas tu bila tiba hrinya, kontena akan datang ke tapak tersebut dan akan meletakkan saja block2 atau komponen2 ruang yang telah disiapkan terlebih dahulu di kilang.

Apa? Tidak percaya dengan kegilaan ini? nah… tengok video ini?

1. Setting a modular home in Brevard, NC!

2. Building a Modular House

3. Modular House

4. Modular Home Construction

5. Modular Home Set Video

 

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: