Just another WordPress.com weblog

“Kak Esah! saya asyik mendapat markah kurang jer untuk report dan tugasan. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya memperolehi markah yang baik dan kalau boleh dapat anugerah dekan terus. saya dah lama impikan untuk menyandang anugerah tersebut. Bantulah saya… kak esah, untuk menang anugerah ini..” yang amat berharap, melaka.

“saudara.. yang amat berharap, saya bukanlah seorang pakar yang boleh memberikan cara untuk memperolehi markah tinggi bagi mengejar impian anda untuk memakai mahkota anugerah dekan tersebut. apa yang boleh saya sampaikan di sini.. ialah.. baca soalan yang diberikan dengan hati2 sebelum menjawab.. ini sering berlaku kepada diri kita yang apabila terlalu excited menjawab kerana menganggap semua jawapan di kepala otak ini mungkin sangat lengkap atau terlebih lengkap ataupun.. kita merasakan yang diri kita terlalu pandai untk menjawabnyer sehingga terlupa untuk menulis jawapan..dan bila dah bind dengan cover baru teringat yang diri anda sebenarnya telah terlupa untuk sertakan jawapan.”

okay : sajer bagi contoh mengada2 seperti di atas.. nah tips2 ..yang sewaktu dengannya

1. soalan – pastikan anda membaca dengan teliti soalan diberi. Ini penting supaya tidaklah nanti setelah anda penat berbangga menghantar jawapan yang sangat lengkap, tebal dan sangat kemas.. tetiba bila balik ke dalam kelas semula, baru anda sedar yang anda telah tersilap menjawab soalan yang diberikan. menurut kata pepatah … ibarat nasi telah menjadi bubur… hkashsajgjksad ( nah amik kau siap dengan pepatah lagi )

2. format jawapan – yang ini lebih kepada common sense laa.. contohnya, tugasan berbentuk pengiraan.. korang kena pastikan jawapan akhir digaris dengan sempurna.. ketegakan dan kelurusan garisan tersebut adalah mengikut tahap kesempurnaan pembaris itu. kalau berbentuk teori sahaja.., anda perlulah memastikan soalan tersebut sama ada perlukan jawapan berbentuk esei atau berbentuk point. Subtajuk dan tajuk setiap bab.. perlulah diasingkan.. kalau ada byk tajuk2 yang perlu diasingkan boleh letaklah divider. tu yg saya kata perlu ikut common sense.. kerana apabila kita buat nya dengan kemas dan tersusun, takderlah pening lect korang nak tanda. hati pun sentiasa berbunga riang..maka.. markah korang pun akan naik serta merta. tapi kena ikut jugak.. tahap betul atau tidak jawapan tersebut. kalau takat cantik dan kemas pun .. tapi jawapan jauh menyimpang, tetap salah laa jugak. tiada markah untuk menyalin soalan yer kerana ni bukanlah subjek penulisan macam masa korang tadika dulu.

3. cover tugasan – ini pun penting. sebab korang perlu letak tajuk tugasan tersebut. Nama lect pun kena letak dengan betul.. ni ada yang nama lect mengajar “Cik Suzana Wati ” tapi letak nama glamernyer.. “Cik Suzzanne” (Sapa dowh Suzzanne ni? adakah dia nak tanda kertas atau tugasan anda?) perlu kaji ejaan dan nama penuh pensyarah yer.

4. Bagi yang berbentuk tesis atau laporan.. perlu ada rujukan dan juga kesimpulan. ini untuk memastikan agar para penanda tau yang anda bukan lagi tahap prof madya yang boleh menghasilkan karya sendiri dan perlu rujuk orang lain.

5. ketulenan kandungan – jangan hanya copy dari internet dan paste saja terus ke microsoft word dan print. tetapi.. sebaliknya anda perlu membaca tentang isi kandungannya dahulu dan barulah di buat ringkasan tentang kefahaman anda terhadap artikel tersebut. barulah hasil karya anda benar-benar menyentuh hati dan perasaan para penanda.

6. binding – kay, saya pernah meneriman tugasan yang ada 32 muka surat. tetapi tidak di stapler dan di “bind” langsung. hanyalah di klip kan dengan klip kertas sahaja. adakah ini bermakna suatu petunjuk untuk saya membuka kedai perkhidmatan untuk “binding” tugasan dan sebagainya? tsk T_T

semoga jawapan kak esah ini dapat memberikan kelegaan di hati adik bagi memikat hati lecturer untuk menanda tugasan adik dan memperolehi markah tinggi. gud luck!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: