Just another WordPress.com weblog

teringat seorang kawan cerita tentang keluarganya. satu hari, abang iparnya sedang bermain dengan anak bongsunya. tiba-tiba, si anak menjerit “BERTUKAR!” dan terus peluk ayah dia dari belakang dan gigit punggung ayahnya. Sewaktu makan tengah hari, si ayah bertanya pada anak bongsu dia. “Adik, tadi adik jerit Bertukar tu kenapa? Bertukar apa?”. “Adik bertukar jadi harimau lah ayah. tu yang adik menang tadi.” Si ayah terus ketawa .. begitulah hebatnya pengaruh rancangan seperti Masked rider.., Ultraman…, dan sebagainya.

Saya juga turut tak lari dari menonton rancangan2 sebegini… antaranya

1. Kesatria Baja Hitam .. (tengok rancangan ni.. terus rasa macam nak cari pakwe gagah dan gentleman… serta memilikki motor besar.. .

2. miss comet … citer ni terus buat saya rasa nak jadi miss comet tu sendiri. yang paling tak lupa, kalau ada masalah… dan dia perlukan pertolongan ibu dia yang kononnya tinggal di langit, dia akan merenung ke langit. kalau malam.. ada bintang2… nampaklah bintang yang mewakili si ibu akan berkelip dan bersinar lebih dari bintang lain. Pas tu paling berangan nak ada tongkat sakti jugak. Mudah.. terutama kalau masa tak siap kejer sekolah atau terlupa bawak buku ker… tongkat sakti boleh diguna untuk menyelamatkan keadaan. Siap masing2 ada tongkat yang dibuat sendiri. siap letak prada kilat2 warna perak… konon2 macam sakti. pas tu… time pendidikan jasmani… kat padang, orang lain sibuk bersukan.. kita orang sibuk praktis nak buat gaya miss comet pusing2kan tongkat sakti tu. Owh Sadis sungguh laaa. OKay… berhenti berangan!!!

Ini diambil tahun 1996. Nama dia kumiko oba dan pada masa tu umur dia 38 tahun. sangat mengagumi kehandalannya memutar tongkat sakti. dan sangat chomeyl… bila dia sebut.. “hait” .. ada gaya tersendiri.. dan sangat mahal harganya… sila kagumi!!!!

3. mareo attack.. citer ni mengisahkan tentang erti persahabatan dan semangat berpasukan. Tengok citer ni… terus kemaruk main bola tampar… nak cuba segala aksi sommersoult…, “Piring terbang!!” “Sommersoult berpusing”. Memang best laa cerita ni.Sampai lagu dia pun orang ingat. Entah berapa kali agaknya aku cuba buat piring terbang tapi tak jadi-jadi. Nama heroinnya Chun dan boleh tahan cun jugaklaa. Yang paling tak tahannya.., sibuk mencari not muzik untuk main piano lagu ni.. siapa dapat.., dia kira hebatlaa masa tu ha ha..

4. Gaban

Citer Gaban ni pulak lain sket. Bukan spesis hantu raya macam watak Ultraman yang memperturunkan kuasa menjadi Ultraman tu kat orang lain. Watak Gaban ni sangat meletihkan sebab dia kena gaduh2 dulu… bila kritikal baru boleh bertukar… lagi satu..asal jumpa musuh jer dia asik nak kena masuk dalam ruang angkasa setan jee kan. Mujur ada pedang Laser Gaban Z potong dua. Kalu pikir-pikir balik apsal dia tak guna jer pedang tu masa awal-awal lawan musuh yekk.. mesti nak jugak ikut timing huhu.. Walau macam mana pun kalau dulu-dulu tengok memang terpaku jer kat tv. tak bagi sumer orang untuk alih siaran. Yang sadisnya, ada gak berangan untuk ikut juga senaman yang dia buat tu (yang selalu dia buat sebelum jadi Gaban dalam 0.05 saat tuu..)tapi taklak jadi Gaban. Jadi sawan adalah.. sebab kena marah dengan mak. sibuk nak perangai macam budak lelaki.. terus tunjuk aksi perempuan bersopan… huh

Asal tetiba eksaited giler citer pasal rancangan tv dulu ni…??? okay kalau diperhatikan… watak Gaban dan Kesatria Baja Hitam.. juga Ultraman.. mereka biasanya berpakaian biasa. Dan apabila merasakan mereka terpaksa bertempur dengan musuh… mereka terus Bertukar atau Berubah…, dan memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan dan situasi ketika itu yang sedang berperang. Selain itu, uniform yang dipakai itu juga lengkap dengan pelbagai alat yang melindungi mereka dari tercedera teruk, juga dapat memberikan bantuan ketika mereka dalam keadaan yang teruk dan kritikal.

Begitu juga dengan anda semua. kita memerlukan pemakaian diri yang bersesuaian ketika bekerja. Amatlah penting sekiranya anda hendak masuk bekerja di makmal, bengkel, tapak bina, dan stor. ( apsal nada sangat menjengkelkan..? Macam dalam Majalah 3) ha ha… okay Bertukar!!!

Maka.. bila masuk bengkel dan makmal… korang sumer mesti pastikan pakai pakaian sesuai.

adakah anda perlu memakai pakaian meleret2 macam ni… untuk masuk ker bengkel kayu atau bata atau konkrit?

atau terlalu ringkas begini … untuk masuk ke kawasan tapak bina?

atau si lelaki boleh ker berpakaian begini kalau masuk ke makmal??

Mari lihat barisan model2 yang ada… yang memperagakan pakaian untuk ke bengkel dan makmal..

sila vote!!!

1. team Afiq!!

2. team aliyul adzim

3. team redha

4. team muhammad

8 buah gambar model yang menawan dan sangat menerujakan di atas merupakan… salah satu tugasan yang diberikan kepada pelajar kelas DKA 3… iaitu menghasilkan poster untuk pemakaian dan penggunaan PPE ketika di makmal atau bengkel. setiap kumpulan perlu menghasilkan 2 jenis poster iaitu pemakaian untuk pelajar lelaki dan juga pemakaian untuk pelajar perempuan.

Terlanjur saya pamerkan poster-poster ini, ingin saya war-warkan kepada semua pelajar JKA khususnya Program Kej Awam.

“Satu pertandingan merekacipta poster cara pemakaian dan penggunaan PPE ketika di dalam makmal dan bengkel akan diadakan sempena Hari 1 Awam di JKA PMM pada bulan Mac nanti. Anda boleh menghantar rekabentuk poster tersebut.. dalam 2 versi iaitu pemakaian untuk pelajar lelaki dan pemakaian untuk pelajar perempuan. Setiap penyertaan mestilah secara berpasukan/berkumpulan (1 kumpulan tidak melebihi 5 orang).” Sila hubungi saya sekiranya berminat dan hendak menghantar rekabentuk poster itu. Poster-poster ini akan dinilai dan poster yang menang akan digunakan di makmal2 dan di bengkel2 JKA.

saya akan menerangkan lebih lanjut tentang pemakaian PPE dlm episod seterusnya.. (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: