Just another WordPress.com weblog

pernah tak terjadi di mana kita rasa semua yang berlaku sangat tak berlaku adil pada kita. kita rasakan yang kita paling malang dan kita mula rasa Down.. terus kena nyanyi lagu down sekarang Tsk. okay.. jadi nah amik segala tips untuk jadik ceria dan sentiasa tidak down buat selamanya..😉

1. hati yang suci – ini sangat penting. sebab apa pun yang nak dibuat… mesti pastikan sentiasa ikhlas. camner weih ikhlas kalau rasa tak berbaloi… ? tanya pada hati… selama mana kita asyik nak buat benda seimbang dan selari dengan pulangannya? percayalah (Alunan nada lagu siti nurhaliza) … apa pun kau buat dengan ikhlas .. walaupun pada awalnya memang tak berbaloi, tapi kita sentiasa akan dijanjikan dengan kebahagiaan yang tak der saper pun dalam dunia ni boleh bagi kat kau walaupun Trump atau Hilton. Kita akan look sexy kalau kita buat sesuatu itu dengan penuh ikhlas, minat dan ada passion .. (ingat tag ni yeah!!!)

weih.. satu tips jer ker?? yeah!!! untuk you all… tips ni paling penting dan paling mujarab. so, tak mahu ada dengki2 dan saling cemburu sesama kawan… bersaing secara sihat dan jangan pentingkan diri sendiri.

kita teruskan kelas ari ni… dengan tajuk BATA

kenapa kita perlukan bata yer? cuba check kat mana bata selalu digunakan.

Brick gives us everything that we desire in a home mainly
comfort, enduring beauty, style, craftsmanship and peace of mind. More importantly, brick delivers all that we need in a home — permanence, stability, security, design integrity and long-term value. Throughout history brick has been chosen by those who want a home with character and a home that contributes increasingly to their investment.

Kegunaan batu bata dikategorikan kepada:

a. dinding penanggung beban (load bearing wall)
b. dinding bukan penanggung beban
c. dinding pemisah
d. dinding penutup

Ingat ni!! Kalau nak buat pemilihan jenis bata yang sesuai mestilah bergantung pada kegunaannya.

Sesi menghafal dengan penuh yakin!!!!

Jenis bata tanah liat

terbahagi kepada 3 kategori: bata biasa, bata muka (bata arkitek), bata kejuruteraan.

1. Bata biasa – permukaannya tidak menentu warna dan digunakan untuk dinding yang akan diturap dengan simen.
2. Bata muka – mempunyai kemasan permukaan yang baik, licin dan mempunyai warna atau corak yang sama. Dan mempunyai corak-corak dan warna tertentu. Penggunaannya sebagai dinding tidak diturap dengan simen.
3. Bata kejuruteraan – dibuat mementingkan kecirian kejuruteraannya. Kekuatan mampatan yang tinggi dan lebih tahan lasak. Biasanya bata ini digunakan dalam membina tembok penahan, dinding menanggung beban, pembentungan.

5 minit untuk hafal!!!!

Hayati gambar di bawah ini…

a.

Owh!! sangat seksi rumah ni… cuba teka… apakah jenis bata yang digunakan untuk binaan rumah di atas ini?

Bagaimana pulak dengan binaan ini? Ada berani menjawab..?

b.

yang ini???

c.

Adoi… apsal cik suzana ni suka sangat soal banyak2 ni???

nah cuba teka lagi…

d.

kalau yang ini plak???

e.

lagi satu soalan…!! satu jer.. janji!!! cuba teka yang ini lak (^_^)

f.

ha ha ha!!! Amacam???? (“,) leh jawab tak? sila hantarkan jawapan pada saya pada hari khamis waktu kelas ya. setiap orang kena jawab dengan jujur. tak tahu… nyatakan tak tahu. tak mahu meniru ya.. eppp!!! Aliff lam lam ha Allah!!! Tuhan nampak… segala perbuatan kita. (^_^)

Selain bata tanah liat, ada beberapa jenis bata lagi..

1. Bata Pasir-Kapur : diperbuat daripada campuran kapur dengan pasir dengan nisbah 1:8 dan air yang ditekankan ke dalam acuan sehingga padat.
Bata dalam acuan ini dimasukkan dalam ruang tekanan tinggi dan laluan wap atau ‘autoklaf’ selama 8 jam.
Hasilnya bata yang berkekuatan tinggi dan keras.
Antara kegunaannya ialah untuk bahagian dinding yang terendam dalam air dan memerlukan kekuatan tinggi.

2. Bata Mortar : diperbuat dengan campuran simen, pasir dan air. Campuran dimasukkan dalam acuan kayu atau logam. Di awet dan dibiarkan mengeras. Permukaan bata ini kasar.

RESEPI MEMBUAT BATA!!!

sila salin resepi membuat bata sekarang!!!

PENGILANGAN BATA – 4 PERINGKAT!! ( INGAT!! 4 PERINGKAT YA)

pembuatan
pengeringan
pembakaran

a. Penyediaan bahan – bahan (tanah lempung) dicuci dan dikisar halus. Tapi.. apa kah bahan-bahannya?
Bahan-bahannya adalah
1. tanah liat (yang mengandungi pasir, alumina serta bahan kapur, besi dan sebagainya.)
2. shale – bahagian tanah liat yang pejal dan akan menjadi plastik apabila ia dipecahkan dan dihancurkan hingga halus.

Tanah liat ini dikumpulkan di satu tempat untuk dua atau tiga hari supaya airnya kering.

tanah liat dicampur dalam 3 jenis mesin penggaul. Mula-mula ia dihancurkan dan ditapis, segala sampah – sarap dibuang dari campuran.

ni mesin penghancur..

kemudian, ia dimasukkan ke mesin penggaul ke-2 untuk dihancurkan sehingga halus dan digaul rata.


mesin pengisar…

grinding … and

screening….!

dah….? tolong berlatih sekali cara melukis semua gambar mesin2 ni. penting untuk markah penuh..

b. Pembuatan : selepas itu, ia dimasukkan ke mesin ke-3 untuk diadun hingga sebati. Di mana, ia boleh dicampur bahan lain untuk diwarna ( jika hendak warna yang lain )

Tanah liat digaulkan dengan 15% air dan dipaksa keluar melalui suatu bukaan bersaiz keratan batu bata. Kemudian dipotong-potong mengikut saiz panjang batu bata dengan menggunakan dawai.
Ada juga menggunakan acuan keluli bersaiz batu bata yang ditekan dengan penekan hidraulik (kaedah ini tanah liat digaul dengan 10% air) atau tanpa penekan hidraulik (digaulkan dengan 30% air)

Batu-bata yang keluar telah boleh dikendalikan dengan tangan, dipindahkan ke tempat pengeringan.

Setelah pembentukan unit bata, dilakukan lekukan pada permukaan bata.

macam mana bentuk lekukan tu?? okay!! lekukan pada bata ada banyak jenis dan bentuk (pemngikut kehendak pelanggan). Nah!! sila kagumi seni bata di bawah… Awesome!!!

c. Pengeringan : Unit bata basah dikeringkan dalam ruang atau bilik pengeringan dengan suhu terkawal. Unit bata ini perlu cukup kering. Ada 2 jenis proses pengeringan… iaitu…

i. Pre-Drying – When wet clay units come from molding or cutting machines, they contain from 7 to 30 percent moisture, depending upon the forming method. The pre-dryer is an enclosed low temperature kiln that works by utilizing excess heat from the cooling kiln. It has 5-6 tracks in it, each 150′-170′ long. The low temperature dry ranges from about 70-120 degrees F. Near the entrance end, the relative humidity is recommended to be near 70-80 percent to allow the bricks to dry during a slow process. A slow process is recommended because it helps to even out the overall size of the brick. An extruded structural clay brick has about 15-20% water and as the brick dries, it shrinks. Each type of brick dries differently and this is why it is necessary to monitor the levels of humidity and pressure with computerized sensors. Near the exit, the humidity levels are lowered to be around 35-50%.

ii. Drying. – Most of the moisture is removed in the pre-dryer and the rest (called pore water) is removed in the high temperature dryer. The dryer has about 30-40% relative humidity that is maintained by a sensor on the exhaust fans. The computer controls the levels and increases and decreases them as necessary. Outside air can cause unwanted dew points. To prevent outside air coming into the dryers a constant pressure is kept in each. To make sure that all water is removed, the car passes through air at temperatures from 350-400 degrees. Drying time, which varies with different clays, is usually from 24 to 48 hr. Although heat may be generated specifically for dryer chambers, it is more commonly supplied as exhaust heat from firing kilns. In all cases, heat and humidity must be carefully regulated to avoid excessive cracking in the ware.
(ha ha… saja nak suruh awak semua guna kamus!!!)

d. Pembakaran : Unit bata yang cukup kering, disusun dalam relau dan dibakar pada suhu permulaan 600 darjah Celcius bagi pengeringan seterusnya membakar sisa-sisa karbon dan sulfur. Kemudian suhu dinaikkan ke 900 darjah Celcius supaya berlaku proses vitrifikasi. Proses vitrifikasi biasanya berlaku di sekitar 800 darjah Celcius. Setelah melalui proses ini bata menjadi sangat keras.

BEEHIVE KILN

TUNNEL KILN

so, dah hafal semua fakta? dan dah latih tubi untuk lukis gambar2 tu segala? ha ha… nah!!! ni secara ringkasnya…

Owh saya tahu saya sangat baik hati!!! (^_^)

bersambung ker episod 2!! (~_~) mata saya dah mengantuk… gud nite and bye!!!

Comments on: "Tanya sama hati … (Kelas C1001.. BATA)" (1)

  1. aYu's said:

    hai saya ada assignment yg lecture saya berikan n dya mintak kitorang cari saiz batu bata biasa n bleyh ak kalo cik nyatakan saiznyer.
    tu pown kalo cik tak keberatan yerwk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: