Just another WordPress.com weblog

Tahu tak kalau masa saya muda2 dulu di mana masih lagi boleh berbangga kalau nak menyanyi lagu ‘Ku Bahagia’ dengan penuh keterujaan…, arwah mak selalu pesan.., kalau kuar pastikan balik sebelum maghrib. kalau nak kuar waktu malam… elakkan kuar ketika maghrib.., tak bley tido waktu maghrib jugak. Nanti ada yang mengikut. Bab tido waktu maghrib tu…, haaa kita akan rasa badan sentiasa lemah dan tak sihat langsung. So, kalau tak minum MILO pun… anda masih boley menikmati kecergasan hidup jika tidak amalkan tido waktu maghrib. Semua larangan dan nasihat ada tujuannya. kadangkala diikuti dengan fahaman2 yang kurang difahami… tetapi percayalah… tetap ada tujuannya.

So…, sebenarnya.. benda merepek-repek di atas adalah berkaitan dengan sub tajuk kelas kita… iaitu tujuan dilakukan penyiasatan tapak.

Tujuan penyiasatan tapak (BS 5930:1981) dilakukan adalah …

1. Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan
2. Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi
3. Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul semasa pembinaan
4. Untuk menyiasat sebab perubahan keadaan sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh perkara lain.

Untuk memastikan sesebuah projek itu mencapai objektif atau tidak.., maka… terjawab kah soalan2 di bawah ini????

maka …, perlu pastikan melengkapi proses kitaran ini …


Kita check satu-persatu…

1.Desk Study – Nak siasat meja ni buat per??? bukan..bukan…, penyiasatan meja ni adalah mencari informasi2 yang berkaitan dengan tapak projek itu dari segi sejarah guna kawasan, dan sebagainya. maklumat boleh dicari dan diperolehi dengan bantuan ikhlas pihak arkib kerajaan, Perpustakaan dan fail-fail syarikat, juga daripada lawatan tapak bagi mendapatkan data-data yang berkaitan.
2.Penyiasatan Lapangan – dilakukan untuk… menentukan karakter tapak, menentukan variasi karakter tapak, membuat penilaian kuantitatif, menentukan tindakbalas daripada tapak.

3. Soil Investigation – Beberapa keperluan sebelum perlaksanaan penyelidikan tanah adalah … OFF SITE INFORMATION, KEGUNAAN TAPAK SEBELUMNYA, TOPOGRAFI TAPAK, KEDUDUKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN, PENYELIDIKAN TANAH, PENYELIDIKAN TENTANG IKLIM, PENYELIDIKAN PARAS AIR BAWAH TANAH, PENYELIDIKAN KANDUNGAN BAHAN BINAAN ATAS TANAH

Beberapa kaedah iaitu

a. BOREHOLES … (lubang jara) iaitu lubang yang dikorek untuk tujuan penyiasatan tapak binaan. Kedalaman lubang jara adalah bergantung kepada keadaan jenis-jenis tanah, jenis-jenis ujian tanah dan kaedah-kaedah penjaraan serta jenis struktur yang akan ditanggungnya.

ada 3 iaitu ROTARY DRILLED BOREHOLE, CABLE PERCUSSIVE BOREHOLE, HAND AUGERING BOREHOLE

Gerimit tangan atau juga dikenali dengan nama “ Hand Augering. Kaedah ini merupakan kaedah konvesional yang digunakan pada zaman dahulu. Gerimit tangan terbahagi kepada 4 jenis :-
1. Gerimit lubang tiang
2. Gerimit heliks kecil
3. Gerimit dutch
4. Gerimit heliks
Gerimit ini ringan dan mudah dibawah ke tapak pembinaan untuk melakukan kajian terhadap tanah di kawasan tersebut. Ketinggian alat tidak melebihi paras dada pengkaji. Kedalaman yang boleh dibuat dengan menggunakan alat gerakan gerimit ialah sekurang daripada 6.0 meter.

b. In-situ Testing – including Standard Penetration Testing (SPT), Permeability Testing, Borehole Vane Testing, Pressure meter Testing and Packer Testing can all be carried out in the boreholes in order to provide information for geotechnical design. Disturbed and undisturbed samples are retrieved from the boreholes for inspection and logging by engineers and subsequent testing in our laboratories.

C. Trial Pitting – can be carried out by a variety of methods from hand dug pits to machine excavated trenches. Trial pitting is generally carried out to a maximum depth of 4.5m with standard excavation plant and, depending on soil conditions, is generally suitable for most low rise developments. All trial pit investigations are supervised by experienced engineers with a thorough understanding of geology and soil mechanics.

D. Dynamics Probe Testing – used to check the consistency of the subsoil. Mackintosh Probe which has 30° cone penetrometer while JKR Probes has 60° cone penetrometer. This is a light dynamic test and the cone is driven directly into the soil by driving a hammer 5 kg. Weight dropping through a free height of 280mm. The probe is unable to penetrate into medium strength soil and gravelly ground.

TANAH

– merupakan permukaan bumi yang mempunyai komposisi yang berubah-ubah di antara dua kumpulan iaitu tanah dan batu-batan.
– batu-batan merangkumi enapan-enapan geologi yang keras seperti kelikir, batu pasir dan batu kapur.
– tanah ialah geologi yang tidak padu seperti pasir, tanah liat di mana keadaannya lembut dan gembur.
– ada dua kelas tanah iaitu

1. Tanah atas – Tanah permukaan bumi
2. Tanah bawah – tanah di bawah permukaan bumi

Jenis tanah

a. Gembur, kumpulan tanah yang subur ~ tanah berbijian kasar cth; pasir dan batu kelikir
b. Lembut, tidak sesuai untuk tapak asas ~ tanah lekat, berbiji halus cth; tanah liat

kenapa boleh berlaku fenomena enapan pada sesuatu kawasan????

First, mampatan tanah akibat dari bangunan.
Kedua, berlakunya pertukaran isipadu tanah mengikut musim
Ketiga, proses pemulihan tanah akibat aktiviti penebangan pokok
Keempat, aktiviti pergerakan di kawasan yang tidak stabil seperti tanah timbun dan kawasan perlombongan
Kelima, tanah yang tidak stabil akibat dari pengorekan dan pengeringan air di sebelahnya seperti pemotongan tanah untuk jalan

terdapat dua jenis air … iaitu
i. Air permukaan – Air yang terkumpul di atas permukaan bumi
ii.Air tanah bumi – Air yang terkandung di dalam tanah. Kedudukan paras air tanah ini berubah mengikut musim

Parit Air Tanah dibina bagi memperbaiki pengaliran air di dalam tanah supaya aras air sentiasa lebih dalam ke bawah permukaan. ini juga penting bagi

– memperbaiki kestabilan tanah
– menggelakkan berlaku banjir
– menggelakkan kelembapan di tingkat bawah
– mengurangkan kelembapan di sekitar kawasan bangunan

KESAN-KESAN PENGARUH AIR DALAM TANAH??

– Menyukarkan kerja-kerja pengorekan dengan kos yang tinggi
– Keselamatan pekerja terganggu
– Penghasilan mutu kerja yang kurang baik
– Sukar mendirikan kotak bentuk dalam lubang korek disebabkan korekan perparitan tidak lurus dan berlumpur
– Keadaan berair menyebabkan kandungan air simen tinggi lalu menjejaskan kekuatan

SISTEM PENYALIRAN.. kenapa ianya penting???

Waktu hujan turun, kita boleh lihat berlaku lopak-lopak di jalan raya.. . Air yang bertakung di atas permukaan jalan bukan sahaja boleh merosakkan permukaan jalan raya tetapi turut membahayakan pihak pengguna jalan tersebut. Lopak dan lubang di atas permukaan jalan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna

Air yang meresap ke lapisan tapak, suptapak, dan subgred, jalan akan melemahkan kekuatan struktur jalan oleh kerana itu air adalah antara musuh jalan yang utama.untuk menangani masalah ini,sistem penyaliran air adalah sangat penting dalam pembinaan jalan.

Kadar hujan yang tinggi di negara ini pula menambah lagi kepentingan sistem ini.

Sistem penyaliran juga terbahagi kepada 2 kategori iaitu Saliran permukaan dan saliran bawah tanah

1. Saliran permukaan berfungsi untuk menyalirkan air permukaan ke parit jalan. Air disalirkan dengan mengkamberkan jalan,mencerun bahu jalan,membina erong salir dan gegeluk dan juga membina parit tepi jalan.
2. KAMBER iaitu cerun lintang yang landai pada permukaan dan bahu jalan. Bertujuan untuk menyalirkan air permukaan ke parit jalan.
Permukaan jalan berbitumen atau konkrit ialah dalam lingkungan nisbah 1:40. Permukaan jalan tanah atau batu kelikir ialah dalam lingkungan 1:30.

3. ERONG SALIRAN DAN GEGELUK iaitu dengan menyalirkan air yang mengalir disepanjang bebendul ke parit jalan. Untuk mengelakkan air melimpah ke jalan erong salir dan gegeluk dibina pada sela tertentu.

4. Parit jalan yang dibina di sepanjang tepi jalan untuk menyalirkan air permukaan dari bahu jalan ke kawasan yang lebih rendah.
Di kawasan pemotongan parit ini menghalang air dari cerun masuk ke jalan.

*bersambung*

Comments on: "semua perkara yg berlaku ada sebabnya (“,)" (11)

  1. taw x n bole x explain pe 2 lubang jara n stratum tanah?tq

  2. trime kaseh
    ^__^

  3. cik…cam ne nak downlod??hehehe
    terangkan assgmnt dlam bm ley x???kurang memahami bi nie…

    • wsuzana said:

      Ni semua ni nota untuk awak baca direct dari belog saya. if you nak print, boleh copy and paste to microsoft word. tapi kalau nak download nota.., awak boleh tengok yang lama2 punya artikel dalam laman belog saya ni. ada untuk di download. itu sebab kena faham dan cuba belajar sedikit tentang Bahasa Inggeris ni ya ^_^

  4. cik…group bkan ke cik ckap nak bagi???ke ktowg ley wat grou sndiri??

    • wsuzana said:

      yups. saya nak bahagikan kumpulan. tapi macam akan ada perubahan dalam kelas tu. so.., nanti kita bincang balik dalam kelas

  5. cik..xbape memahami BI nie..
    cik nak downlod gane??
    huhuhu (@,@)

    • wsuzana said:

      cuba belajar.. takleh malas2. sekarang ni kena rajin mengejar ilmu!! Yeah!!!

  6. gempak gak eh,ak x taw r ko ad g ke x,c,up wt lawk g,huhu.. perincian gler²… klw smpai abeh bpe pge kne gne eh.. hehe guwaw jek… tq.4 u note.. smekom…

  7. نور شازان said:

    salam..bgus mklumt tu..
    bley x terangkn lbih lnjut psl sistem saliran prmukaan n sistem salirn bwh tnh..jenis2,fungsi,tmpt pemasangan n gmbr2 die,utk bg lg fhm??
    kalo rply trus kt emel pon ok..
    time kaseh

Leave a reply to نور شازان Cancel reply