Just another WordPress.com weblog

design bas yang sangat cantik … credit to puan shahrul hapizah!!! sangat teruja dengan design pada bas PMM. lepas ni, sangat bersemangat dan konpem punya akan berasa teruja tanpa rasa malu dan tunjuk aksi sangat letih tiap kali nak naik tangga bas ketika buat rombongan cik kiah ke tempat2 tertentu… . walaupun dari dulu tetap ada karaoke segala… tapi sebab design bas tak berapa ceria masa tu, maka segala nyanyian kami menjadi tak berapa ceria dan mula macam sumbang2 sumbangsih… ha ha… sila salahkan warna-warna yang tak ceria (^_^). perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah…, lebih bersemangat untuk menaiki bas politeknik, dan nyanyian kami juga lebih merdu berbanding dahulu sehinggakan rasa terlalu teruja dan amat sayang untuk turun daripada bas. (“,)

okay.. tajuk kelas kali ini… (pelajar semester 1 jer…) ialah

KAYU!!!

Kayu merupakan bhn semulajadi yg unik krn mempunyai sel-sel yg lain dr yg lain berbanding bahan binaan spt konkrit dan keluli. Ia mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yg berbeza dgn bhn binaan yg lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)

Sifat Kekuatan Struktur Kayu

kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kekuatan Kayu adalah berbeza mengikut jenis pembebanan. Pengkelasan Bagi Kekuatan Kayu adalah

Faktor Mempengaruhi Kekuatan
i. Ketumpatan
ii. Kandungan Lembapan
iii. Kecacatan kayu: buku kayu, pecah/rekah atau berlubang
iv. Ira kayu
v. Suhu
vi. Rawatan

Kecacatan Kayu ialah ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua punca utama kecacatan:
i. semulajadi
ii. agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dll.
Ingat ya!! Ada 2 punca!!

Jenis Buku Kayu
a. Buku Pinggir
b. Buku Muka
c. Buku Jidar
d. Buku Rencung
e. Buku Arris

Gerigis
kerosakan pada sel-sel serat /gentian berpunca daripada hasil tunas yang tidak tumbuh / kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok.
Kerosakan ini boleh berlaku di permukaan atau bahagian dalam kayu.

Rekah Hati: kerosakan sel serat/gentian ditengah pokok

Rongga: kerosakan sel-sel pada arah ira / pengumpulan resin atau damar (jenis pokok tertentu)

Kecacatan kerana Agen Luaran
i. Proses Pengeringan (kecacatan Pengeringan) seperti Rekah, Pecah, Melengkung/bebusur, relangan, piuh, meleding, kayu kulit keras, kempis

ii. Serangan Cendawan – dikategorikan kepada dua jenis:
a. cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar jangkitan dihurai dan diserap. Contoh: Serpula lacrymans
b. cendawan yang hanya mewarnakan kayu: cendawan ini hanya menyerap makanan dalam sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi memburukkan rupa fizikal kayu. Keadaan teruk menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh: Ceratocystis coerulescens

Serangan cendawan ini memerlukan kelembapan sekurang-kurangnya 20% , suhu yang sesuai. Suhu 0 – 5oC menyebabkan perkembangan cendawan terhalang. Pereputan ini dinamakan Pereputan Lembab. Walaubagaimanapun, terdapat cendawan yang mereputkan kayu tanpa perlu keadaan lembapan tetapi perlukan keadaan udara yang tidak beredar. Ia dinamakan sebagai Pereputan Kering.

iii. Pengorekan Serangga – kerosakan yang boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup, ketika dalam proses pengeringan atau telah kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet), kecacatan dalam bentuk lubang-lubang bersaiz 5mm hingga 25mm – kediaman larva serangga yang memakan kayu berkenaan. Jenis-jenis serangga perosak adalah anai-anai, kumbang tanduk, kumbang perabot, kumbang powder post.

KENAPA KAYU????

SEBAB….

1. Keberaliran Haba
Keberaliran haba yang rendah /buruk. Penebat haba yang baik.
Kayu digunakan sebagai bahan penghalang rebakan kebakaran.
2. Keberaliran Elektrik
Boleh digunakan sebagai penebat elektrik seperti pelapis suis, soket lampu dsbnya. Tetapi sekarang telah diganti dengan bahan plastik /polimer kerana kayu dalam keadaan lembab bukan penebat elektik yang baik.
3. Sifat Akustik
mempunyai sifat akustik yang baik: mampu menyerap gelombang bunyi.

Classification of Wood

Kayu boleh diklasifikasikan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu. Klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut.

Pengeringan Kayu

a. Tujuan:
i. mengelakkan daripada serangan cendawan
ii.mengelakkan pengeringan tidak sekata secara tidak terkawal yang akan menyebabkan kecacatan seperti meleding, rekah V, melengkung dan sebagainya.

b. Kaedah Pengeringan:
1. Pengeringan Udara: menggunakan kaedah semulajadi dengan kayu disusun supaya ada aliran angin dan menerima bahang cahaya matahari menambah sejatan.
2. Pengeringan Tanur: kaedah kebuk tertutup dengan suhu, kelembapan dan haba terkawal.

Kelebihan kaedah Tanur
1. Pengeringan boleh dilakukan sepanjang tahun.
2. Pengeringan lebih cepat.
3. Mudah dikawal kesesuaian menurut jenis spesis kayu dan saiz tebal papan.
4. Kecacatan kerana pengeringan dapat dielakkan.

Pengawetan / Rawatan Kayu – Adakah rawatan Botox???? Owh tidak!!!
Kenapa kena awet-awet segala??? Tujuan:
i. untuk mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
ii. melambatkan rebakan api ketika kebakaran

Ubat awet macam mana yang diperlukan??? Ciri-cirinya:
i. amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak.
ii. Boleh kekal dalam kayu / tidak meruap/sejat keluar.
iii. Bahan yang mudah meresap /menembusi ke dalam sel kayu.
iv.Tidak toksik kepada manusia /haiwan. Mudah digunakan.
v. Murah dan mudah didapati.
vi. Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli.
vii. Menghambat kebakaran (untuk tujuan kedua)

Jenis-jenis Bahan Pengawet – merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.
i. Pengawet asas air
larut dalam air, tidak berbau dan mudah dikerjakan.
Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
ii. Pengawet asas minyak
pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak ini.
Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.

Proses Pengawetan Kayu iaitu proses memasukkan bahan pengawet ke dalam kayu. So, proses ni ada dua kategori:
(i) dilakukan di kilang dan
(ii) di tapak.

Antara kaedah pengawetan:
a. Penyalutan / Sapuan ialah bahan pengawet disapu dengan berus ke permukaan kayu. Proses ini boleh dilakukan di tapak/di tempat pembinaan. Ubat awet ini kurang berkesan jika hanya sekali sahaja sapuan. Sapuan perlu dilakukan dua atau lebih lapisan dan perlu diulang setiap 2 -3 tahun sekali. Perawatan secara sapuan ini tidak sesuai untuk kayu yang terdedah pada cuaca.

b. Rendaman Sejuk – mencelup /merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi tempoh tertentu pada suhu biasa. Kaedah ini sesuai dilakukan di tapak pembinaan. Tempoh rendaman perlu ditetapkan bagi memastikan bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Tempoh ini juga adalah berbeza mengikut jenis kayu tertentu.

c. Rendaman Panas adalah sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih dahulu kepada suhu 90oC.
ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.

d. Rendaman sejuk-panas. Proses kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan. kemudian, kayu dipanaskan bersama ke suhu 60oC – 90oC. Lepas tu, dibiarkan ½ jam – 4 jam, dibiarkan sejuk. Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.

e. Rawatan Vakum Berganda adalah digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah. Proses ini sangat berkesan untuk melindungi kayu.
Kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu. Ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu. Tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jika cecair susah meresap. Setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu.

f. Penyerapan Tekanan juga dikenali sebagai proses Bethel (bagi nama besh sket). Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian dalam kayu. Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel. Cecair pengawet panas tidak lebih dari 90oC disembur ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m2 hingga 1.4 MN/m2 selama 2 jam. Langkah ini membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet. Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel. Bahan yang digunakan ialah krom-kuprum arsenat (chromated copper-arsenate).

g. Proses Sel-Kosong dipanggil juga sebagai proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya masuk ke dalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong. Perjalanannya sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m2 dan ketika tekanan ditambah, cecair pengawet akan dimasukkan ke dalam silinder supaya cecair dapat meresap masuk ke dalam sel-sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan. Keadaan seperti ini membantu cecair meresap terus ke dalam dinding sel. Kemudian, tekanan mula diturunkan dan ruang silinder dibuat separa vakum supaya cecair yang berlebihan akan dikeluarkan dari dalam rongga sel.

Pengunaan Kejuruteraan bagi Kayu

i. Industri pembinaan
kekuda kasau bangunan, kerangka rumah kayu, dinding, rasuk, lantai, kerangka pintu dan tingkap, acuan kerja konkrit dan sokongan, kerangka pembinaan.
ii. Industri perkayuan
pembuatan papan lapis, komposit kayu-plastik, papan serpai /wafer.
iii.Sistem pengangkutan
pengkalan bot /jeti, jambatan, bot, kapal, rel keretapi, dsbnya.

Tanggam Kayu

bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau menyambungkan struktur kayu atau papan.

Kebaikan penggunaan tanggam:
a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.
b. Dapat menjimatkan kos dan bahan
c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan
d. Menambah kekukuhan binaan
e. Dapat menyambung struktur kayu

* Terpaksa sambung di lain masa… Bye (“,)

Comments on: "wooohhhhh!!!!! mari berpeleseran semua…(“,)" (8)

  1. cik, pmbhgian kump utk assgmnt tanggam ltak kt mne???
    kump kls dka 1a…….

  2. miss mane group tok tanggam??

  3. The above writing was great. I find it very interesting and II will surely forward this to my friends online. Anyway, thanks for sharing this.

  4. boleh ke kayu tdk diawet.?..macam mane kalo kayu yg diawet tidak menyerap kedalam kayu.?..hanya bahagian luar sahaja diserap.?macam mana ianya berlaku?.

  5. nice..tQ

  6. kembar said:

    jenis-jenis tanur tade kew??makasi..

  7. nur amera said:

    cik su,terima kasih.cik su sediakan segala-galanya.pelajar mu yang kosong;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud