Just another WordPress.com weblog

Edisi siasat … Zaasssss!!!!!!!!!!!!!

PENYIASATAN TAPAK (SITE INVESTIGATION)

merupakan pengumpulan maklumat tentang lokasi yang dicadangkan. Prosedur ini juga membolehkan pihak yang terlibat dalam rekabentuk dan pembinaan dapat mengenalpasti perkara sebenar yang berlaku di tapak dan segala masalah yang mungkin akan mereka hadapi agar dapat menghasilkan struktur yang baik, disamping lebih ekonomi dan hasil itu adalah selamat dibina dan digunakan. Penyiasatan tapak juga untuk menentukan keupayaan galas tanah, kestabilan cerun, tekanan tanah terhadap struktur penyokong dan kesannya terhadap bahan kimia (bahan binaan)

Kesan dari penyiasatan tapak yang tidak dijalankan dengan sewajarnya akan mengakibatkan kerosakkan kepada struktur seperti keretakkan pada bahagian dinding, lantai,struktur terbenam dan sebagainya.
Ini menyebabkan struktur yang telah siap dibina atau hampir siap terpaksa dirobohkan dan dibina semula. Ini akan mengakibatkan kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga di samping membahayakan keselamatan bangunan dan orang ramai yang menggunakannya.

Kriteria Pemilihan Tapak

1. Kedudukan matahari – Dapat mengetahui dari arah manakah matahari terbit pada waktu siang.Memastikan cahaya matahari dapat memasuki ruang-ruang dalam bangunan melalui tingkap-tingkap dan pintu.

2. Lokasi tapak – Contoh, elakkan dari tempat yang rendah yang berhampiran sungai-sungai.

3. Pemandangan yang cantik – haa… ni sangat penting… semua orang mesti suka untuk dapat kawasan yang cantik pemandangan. Kalau kawasan rumah kediaman, pastu dapat pulak suasana sekeliling yang sangat nyaan dan menyegarkan.. . sesuai melakukan aktiviti riadah… segala.. amatlah… best sekali!!!


amat terharu.., bila dapat kawasan yang sebegini indah…

perghhh!! Honey!! percutian hujung tahun kita kali ni tak yah gi mana-mana dah… cukup jer kat ruang tamu ni. cukup cantik dah pemandangan segala… petang-[etang i insist buatkan air kopi panas sambil jamu pisang goreng panas…

oowhhh!!! terus tak boleh nak ker mana-mana dah.., pemandangan sangat cantik…dan menerujakan.

4. Sejarah guna kawasan

5. Kemudahan awam –

Eh! Eh! dah tido segala? okay!!! Semua sila bangun sekarang… kita teruskan kuliah

5. Kemudahan awam – macam…, sekolah, jalan raya, bus stop, shopping complex (ha! yang ni sangat penting!!), telekomunikasi macam telefon awam (walaupun handset semua orang ada, sangat canggih, dan mahal.. tapi kadangkala tak boleh buat panggilan sebab takder duit atau tak bayar bil. maka telefon awam sangat penting), dll

6. Elakkan kawasan hingar – Tempat-tempat seperti lapangan terbang dan juga tempat-tempat kendalian lombong perlu dielakkan kerana gegaran mungkin berlaku dan bunyinya yang bising mengganggu ketenteraman.

7. Kedudukan dan keluasan tapak bina yang sesuai – Keluasan tapak bina mestilah sesuai dengan saiz bangunan yang hendak dibina. Begitu juga dengan kedudukannya. Contohnya perancangan pembinaan kawasan sekolah mestilah memerlukan kawasan yang besar

sambung lagi… untuk kelas C2001!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: