Just another WordPress.com weblog

Archive for January, 2010

pon! pon! surat! surat!..

disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan .. saya terlewat untuk kirimi list pasukan2 yang akan bertanding bagi merebut anugerah2 segala… ha ha… shut up!! kay… mari kita lihat nama2 yang bertuah!!!

kumpulan 1

1. mohamad shafiq b mahmood (ketua)
2. nur rufikha bt zainadin
3. nur hidayah bt hassan
4. nurul fatihah binti abdul hamid
5. nurul suhaily bt abd hamid
6. mohamad azlan bin zainal
7. azizan bin borhan
8. noratikah bt mokhtar
9. siti azmiera binti saim
10. ali ismail b naimat

kumpulan 2

1. mohamad hamizan b zakaria (ketua)
2. nur ain binti md su’ud
3. nurul najihah binti zakaria
4. nur farhilin binti saliman
5. nurul shaklia binti zainudin
6. siti norshaeera binti said
7. siti sarifah nor binti supaat
8. asmi yaizat bin yasin
9. mohd sufian bin hashim
10. ahmad saddam bin mohd jamhuri

kumpulan 3

1. mohammad abdul hafiz b hassan (ketua)
2. sharipah nurrasyidah bt syed zolkepele
3. siti nor asyuera binti hashim
4. fatin nabilah binti fadzailah
5. hamizah binti hadiz
6. siti nur hazira binti mohd yazid
7. ahmad fahrur razi b ahmad tarmidi
8. abdul hafiz bin saari
9. mohd amir anuar b abdullah
10.

kumpulan 4

1. mohamad haziq bin wahab (ketua)
2. azwan b azhar
3. adrina binti ar azmi
4. atiqah pulungan bt hamonangan
5. nurul idayu bt ithnin
6. syahira aliya binti ramlan
7. siti safrina binti saat
8. mohamad ashrul bin haron
9. mohamad hafiz bin md saat
10. hafizuddin bin musban

wooohhhhh!!!!! mari berpeleseran semua…(“,)

design bas yang sangat cantik … credit to puan shahrul hapizah!!! sangat teruja dengan design pada bas PMM. lepas ni, sangat bersemangat dan konpem punya akan berasa teruja tanpa rasa malu dan tunjuk aksi sangat letih tiap kali nak naik tangga bas ketika buat rombongan cik kiah ke tempat2 tertentu… . walaupun dari dulu tetap ada karaoke segala… tapi sebab design bas tak berapa ceria masa tu, maka segala nyanyian kami menjadi tak berapa ceria dan mula macam sumbang2 sumbangsih… ha ha… sila salahkan warna-warna yang tak ceria (^_^). perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah…, lebih bersemangat untuk menaiki bas politeknik, dan nyanyian kami juga lebih merdu berbanding dahulu sehinggakan rasa terlalu teruja dan amat sayang untuk turun daripada bas. (“,)

okay.. tajuk kelas kali ini… (pelajar semester 1 jer…) ialah

KAYU!!!

Kayu merupakan bhn semulajadi yg unik krn mempunyai sel-sel yg lain dr yg lain berbanding bahan binaan spt konkrit dan keluli. Ia mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yg berbeza dgn bhn binaan yg lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)

Sifat Kekuatan Struktur Kayu

kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kekuatan Kayu adalah berbeza mengikut jenis pembebanan. Pengkelasan Bagi Kekuatan Kayu adalah

Faktor Mempengaruhi Kekuatan
i. Ketumpatan
ii. Kandungan Lembapan
iii. Kecacatan kayu: buku kayu, pecah/rekah atau berlubang
iv. Ira kayu
v. Suhu
vi. Rawatan

Kecacatan Kayu ialah ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua punca utama kecacatan:
i. semulajadi
ii. agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dll.
Ingat ya!! Ada 2 punca!!

Jenis Buku Kayu
a. Buku Pinggir
b. Buku Muka
c. Buku Jidar
d. Buku Rencung
e. Buku Arris

Gerigis
kerosakan pada sel-sel serat /gentian berpunca daripada hasil tunas yang tidak tumbuh / kerosakan kerana serangga ketika hayat pokok.
Kerosakan ini boleh berlaku di permukaan atau bahagian dalam kayu.

Rekah Hati: kerosakan sel serat/gentian ditengah pokok

Rongga: kerosakan sel-sel pada arah ira / pengumpulan resin atau damar (jenis pokok tertentu)

Kecacatan kerana Agen Luaran
i. Proses Pengeringan (kecacatan Pengeringan) seperti Rekah, Pecah, Melengkung/bebusur, relangan, piuh, meleding, kayu kulit keras, kempis

ii. Serangan Cendawan – dikategorikan kepada dua jenis:
a. cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar jangkitan dihurai dan diserap. Contoh: Serpula lacrymans
b. cendawan yang hanya mewarnakan kayu: cendawan ini hanya menyerap makanan dalam sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi memburukkan rupa fizikal kayu. Keadaan teruk menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh: Ceratocystis coerulescens

Serangan cendawan ini memerlukan kelembapan sekurang-kurangnya 20% , suhu yang sesuai. Suhu 0 – 5oC menyebabkan perkembangan cendawan terhalang. Pereputan ini dinamakan Pereputan Lembab. Walaubagaimanapun, terdapat cendawan yang mereputkan kayu tanpa perlu keadaan lembapan tetapi perlukan keadaan udara yang tidak beredar. Ia dinamakan sebagai Pereputan Kering.

iii. Pengorekan Serangga – kerosakan yang boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup, ketika dalam proses pengeringan atau telah kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet), kecacatan dalam bentuk lubang-lubang bersaiz 5mm hingga 25mm – kediaman larva serangga yang memakan kayu berkenaan. Jenis-jenis serangga perosak adalah anai-anai, kumbang tanduk, kumbang perabot, kumbang powder post.

KENAPA KAYU????

SEBAB….

1. Keberaliran Haba
Keberaliran haba yang rendah /buruk. Penebat haba yang baik.
Kayu digunakan sebagai bahan penghalang rebakan kebakaran.
2. Keberaliran Elektrik
Boleh digunakan sebagai penebat elektrik seperti pelapis suis, soket lampu dsbnya. Tetapi sekarang telah diganti dengan bahan plastik /polimer kerana kayu dalam keadaan lembab bukan penebat elektik yang baik.
3. Sifat Akustik
mempunyai sifat akustik yang baik: mampu menyerap gelombang bunyi.

Classification of Wood

Kayu boleh diklasifikasikan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu. Klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut.

Pengeringan Kayu

a. Tujuan:
i. mengelakkan daripada serangan cendawan
ii.mengelakkan pengeringan tidak sekata secara tidak terkawal yang akan menyebabkan kecacatan seperti meleding, rekah V, melengkung dan sebagainya.

b. Kaedah Pengeringan:
1. Pengeringan Udara: menggunakan kaedah semulajadi dengan kayu disusun supaya ada aliran angin dan menerima bahang cahaya matahari menambah sejatan.
2. Pengeringan Tanur: kaedah kebuk tertutup dengan suhu, kelembapan dan haba terkawal.

Kelebihan kaedah Tanur
1. Pengeringan boleh dilakukan sepanjang tahun.
2. Pengeringan lebih cepat.
3. Mudah dikawal kesesuaian menurut jenis spesis kayu dan saiz tebal papan.
4. Kecacatan kerana pengeringan dapat dielakkan.

Pengawetan / Rawatan Kayu – Adakah rawatan Botox???? Owh tidak!!!
Kenapa kena awet-awet segala??? Tujuan:
i. untuk mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
ii. melambatkan rebakan api ketika kebakaran

Ubat awet macam mana yang diperlukan??? Ciri-cirinya:
i. amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak.
ii. Boleh kekal dalam kayu / tidak meruap/sejat keluar.
iii. Bahan yang mudah meresap /menembusi ke dalam sel kayu.
iv.Tidak toksik kepada manusia /haiwan. Mudah digunakan.
v. Murah dan mudah didapati.
vi. Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli.
vii. Menghambat kebakaran (untuk tujuan kedua)

Jenis-jenis Bahan Pengawet – merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.
i. Pengawet asas air
larut dalam air, tidak berbau dan mudah dikerjakan.
Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
ii. Pengawet asas minyak
pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak ini.
Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.

Proses Pengawetan Kayu iaitu proses memasukkan bahan pengawet ke dalam kayu. So, proses ni ada dua kategori:
(i) dilakukan di kilang dan
(ii) di tapak.

Antara kaedah pengawetan:
a. Penyalutan / Sapuan ialah bahan pengawet disapu dengan berus ke permukaan kayu. Proses ini boleh dilakukan di tapak/di tempat pembinaan. Ubat awet ini kurang berkesan jika hanya sekali sahaja sapuan. Sapuan perlu dilakukan dua atau lebih lapisan dan perlu diulang setiap 2 -3 tahun sekali. Perawatan secara sapuan ini tidak sesuai untuk kayu yang terdedah pada cuaca.

b. Rendaman Sejuk – mencelup /merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi tempoh tertentu pada suhu biasa. Kaedah ini sesuai dilakukan di tapak pembinaan. Tempoh rendaman perlu ditetapkan bagi memastikan bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Tempoh ini juga adalah berbeza mengikut jenis kayu tertentu.

c. Rendaman Panas adalah sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih dahulu kepada suhu 90oC.
ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.

d. Rendaman sejuk-panas. Proses kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan. kemudian, kayu dipanaskan bersama ke suhu 60oC – 90oC. Lepas tu, dibiarkan ½ jam – 4 jam, dibiarkan sejuk. Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.

e. Rawatan Vakum Berganda adalah digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah. Proses ini sangat berkesan untuk melindungi kayu.
Kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu. Ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu. Tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jika cecair susah meresap. Setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu.

f. Penyerapan Tekanan juga dikenali sebagai proses Bethel (bagi nama besh sket). Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian dalam kayu. Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel. Cecair pengawet panas tidak lebih dari 90oC disembur ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m2 hingga 1.4 MN/m2 selama 2 jam. Langkah ini membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet. Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel. Bahan yang digunakan ialah krom-kuprum arsenat (chromated copper-arsenate).

g. Proses Sel-Kosong dipanggil juga sebagai proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya masuk ke dalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong. Perjalanannya sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m2 dan ketika tekanan ditambah, cecair pengawet akan dimasukkan ke dalam silinder supaya cecair dapat meresap masuk ke dalam sel-sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan. Keadaan seperti ini membantu cecair meresap terus ke dalam dinding sel. Kemudian, tekanan mula diturunkan dan ruang silinder dibuat separa vakum supaya cecair yang berlebihan akan dikeluarkan dari dalam rongga sel.

Pengunaan Kejuruteraan bagi Kayu

i. Industri pembinaan
kekuda kasau bangunan, kerangka rumah kayu, dinding, rasuk, lantai, kerangka pintu dan tingkap, acuan kerja konkrit dan sokongan, kerangka pembinaan.
ii. Industri perkayuan
pembuatan papan lapis, komposit kayu-plastik, papan serpai /wafer.
iii.Sistem pengangkutan
pengkalan bot /jeti, jambatan, bot, kapal, rel keretapi, dsbnya.

Tanggam Kayu

bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau menyambungkan struktur kayu atau papan.

Kebaikan penggunaan tanggam:
a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.
b. Dapat menjimatkan kos dan bahan
c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan
d. Menambah kekukuhan binaan
e. Dapat menyambung struktur kayu

* Terpaksa sambung di lain masa… Bye (“,)

mari kita menyiasat!

Edisi siasat … Zaasssss!!!!!!!!!!!!!

PENYIASATAN TAPAK (SITE INVESTIGATION)

merupakan pengumpulan maklumat tentang lokasi yang dicadangkan. Prosedur ini juga membolehkan pihak yang terlibat dalam rekabentuk dan pembinaan dapat mengenalpasti perkara sebenar yang berlaku di tapak dan segala masalah yang mungkin akan mereka hadapi agar dapat menghasilkan struktur yang baik, disamping lebih ekonomi dan hasil itu adalah selamat dibina dan digunakan. Penyiasatan tapak juga untuk menentukan keupayaan galas tanah, kestabilan cerun, tekanan tanah terhadap struktur penyokong dan kesannya terhadap bahan kimia (bahan binaan)

Kesan dari penyiasatan tapak yang tidak dijalankan dengan sewajarnya akan mengakibatkan kerosakkan kepada struktur seperti keretakkan pada bahagian dinding, lantai,struktur terbenam dan sebagainya.
Ini menyebabkan struktur yang telah siap dibina atau hampir siap terpaksa dirobohkan dan dibina semula. Ini akan mengakibatkan kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga di samping membahayakan keselamatan bangunan dan orang ramai yang menggunakannya.

Kriteria Pemilihan Tapak

1. Kedudukan matahari – Dapat mengetahui dari arah manakah matahari terbit pada waktu siang.Memastikan cahaya matahari dapat memasuki ruang-ruang dalam bangunan melalui tingkap-tingkap dan pintu.

2. Lokasi tapak – Contoh, elakkan dari tempat yang rendah yang berhampiran sungai-sungai.

3. Pemandangan yang cantik – haa… ni sangat penting… semua orang mesti suka untuk dapat kawasan yang cantik pemandangan. Kalau kawasan rumah kediaman, pastu dapat pulak suasana sekeliling yang sangat nyaan dan menyegarkan.. . sesuai melakukan aktiviti riadah… segala.. amatlah… best sekali!!!


amat terharu.., bila dapat kawasan yang sebegini indah…

perghhh!! Honey!! percutian hujung tahun kita kali ni tak yah gi mana-mana dah… cukup jer kat ruang tamu ni. cukup cantik dah pemandangan segala… petang-[etang i insist buatkan air kopi panas sambil jamu pisang goreng panas…

oowhhh!!! terus tak boleh nak ker mana-mana dah.., pemandangan sangat cantik…dan menerujakan.

4. Sejarah guna kawasan

5. Kemudahan awam –

Eh! Eh! dah tido segala? okay!!! Semua sila bangun sekarang… kita teruskan kuliah

5. Kemudahan awam – macam…, sekolah, jalan raya, bus stop, shopping complex (ha! yang ni sangat penting!!), telekomunikasi macam telefon awam (walaupun handset semua orang ada, sangat canggih, dan mahal.. tapi kadangkala tak boleh buat panggilan sebab takder duit atau tak bayar bil. maka telefon awam sangat penting), dll

6. Elakkan kawasan hingar – Tempat-tempat seperti lapangan terbang dan juga tempat-tempat kendalian lombong perlu dielakkan kerana gegaran mungkin berlaku dan bunyinya yang bising mengganggu ketenteraman.

7. Kedudukan dan keluasan tapak bina yang sesuai – Keluasan tapak bina mestilah sesuai dengan saiz bangunan yang hendak dibina. Begitu juga dengan kedudukannya. Contohnya perancangan pembinaan kawasan sekolah mestilah memerlukan kawasan yang besar

sambung lagi… untuk kelas C2001!!!

tajuk untuk subjek C1403

kumpulan 1: Mohd Afiq bin Tambichik
Tajuk : Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan yang anda kendalikan

kumpulan 2: Muhammad Redha bin Salimin
Tajuk : Kejadian kebakaran yang berlaku di kilang

kumpulan 3: Aliyul Adzim b Abdul Ghapar
Tajuk : Kejadian kemalangan yang melibatkan kren terbalik di kawasan pembinaan

kumpulan 4: Muhammad bin Maharam @ Zulkepli
Tajuk : Kejadian kemalangan yang berlaku ketika aktiviti menyenggara kerosakan di jalan raya.

Sila berjumpa dengan saya jika perlukan maklumat dan penerangan lanjut (^_^) Office hour only!!!

wooohhhh!!! mari masuk kelas!!!

mari! mari! join kelab ini…

bukan! bukan! logo ini bukan kelab atau persatuan baru.. tetapi logo hazard biologikal.

pernah nampak logo ini pada mana-mana bungkusan seperti ini???

hazard biologikal

pekerja di atas terlibat dengan aktiviti menganalisis pelbagai jenis spesimen biologi yang boleh mendedahkan diri beliau dijangkiti penyakit. tahap kebahayaan sesuatu spesimen juga tidak sama dan mengikut

i) sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit
ii) laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
iii) ketahanan pekerja yang terdedah

According to OSHA,

Biological Hazard means a naturally occurring substance that can be harmful to employees.

A biological hazard or biohazard is an organism, or substance derived from an organism, that poses a threat to (primarily) human health. This can include medical waste or samples of a microorganism, virus or toxin (from a biological source) that can impact human health. It can also include substances harmful to animals. The term and its associated symbol is generally used as a warning, so that those potentially exposed to the substances will know to take precautions.

4 level for biohazard.. which level 1 being minimum risk and Level 4 being extreme risk

Biohazard Level 1: Several kinds of bacteria and viruses including Bacillus subtilis, canine hepatitis, Escherichia coli, varicella (chicken pox), as well as some cell cultures and non-infectious bacteria. Washing one’s hands with anti-bacterial soap, washing all exposed surfaces of the lab with disinfectants, etc). In a lab environment, all materials used for cell and/or bacteria cultures are decontaminated via autoclave.

Biohazard Level 2: Various bacteria and viruses that cause only mild disease to humans, or are difficult to contract via aerosol in a lab setting, such as hepatitis A, B, and C, influenza A, Lyme disease, salmonella, mumps, measles, scrapie, and HIV.

Biohazard Level 3: Various bacteria and viruses that can cause severe to fatal disease in humans, but for which vaccines or other treatment exist, such as anthrax, West Nile virus, Venezuelan equine encephalitis, SARS virus, variola virus (smallpox), tuberculosis, typhus, Rift Valley fever, Rocky Mountain spotted fever, yellow fever, and malaria.

Biohazard Level 4: Exclusively viruses that cause severe to fatal disease in humans, and for which vaccines or other treatments are not available, such as Bolivian and Argentine hemorrhagic fevers,H5N1(bird flu) dengue fever, Marburg virus, Ebola virus, hantaviruses, Lassa fever, Crimean-Congo hemorrhagic fever, and other various hemorrhagic diseases.

(source: OSHA)

However, some occupations carry a higher risk of exposure to infectious disease. These are occupations where there is a risk from blood-borne disease such as Hepatitis B, C and HIV and include:

* hospital, dental and health care personnel
* laboratory workers
* paramedical personnel (such as ambulance officers)
* police and prison officers
* child care workers
* laundry workers
* people handling rubbish and food waste
* people involved in sewage works and plumbing repairs
* people working with children, particularly preschool children, due to the risk of exposure to childhood disease such as measles, mumps and gastric viruses.

Other occupations at higher risk include those involving working with animals, as some animal diseases can infect humans. Typical occupations include those handling livestock (for example, on farms, in sale yards, shearing sheep, and transporting livestock) and workers employed at abattoirs and rendering plants.

Biological hazards can also occur in the food processing industry and laboratories.

Control measures include identifying the hazard, assessing and controlling the risk and implementing a monitoring program.

Additional personal protection can be provided through inoculation against some diseases. This should be discussed with your health practitioner on an individual basis.

(source:)

APA YANG ANDA SEMUA BOLEH NAMPAK DALAM GAMBAR INI? PERHATIKAN DENGAN BETUL DAN SIAPA TAHU JAWAPAN… LEH SEND KOMEN…

Kita teruskan kelas… sampai semua berasa sangat penat dan sangat jemu untuk bukak laman belog ini.. lantas semua orang rasa sangat annoying dan terlalu semangat untuk tidak menghantar komen2 untuk saya meng apdet belog…

Ergonomic Hazard…

Woohhh!!! Macam menakjubkan perkataan ergonomik ni… wooohhhh woohhhhhh!!!! kena bukak kamus oxford woooohhhhh!!!

tak yah susah-susah belek kamus segala!!! ergonomik ni dah byk orang perkatakan. tanpa niat untuk dengki semua… saya berikan takrifannya.

refer to workplace conditions that pose a biochemical stress to the worker. Such hazardous workplace conditions include, but are not limited to, faulty work station layout, improper work methods, improper tools, excessive tool vibration, and job design problems that include aspects of work flow, line speed, posture and force required, work/rest regimens, and repetition rate.

ha ha.. saja mendengki bagi dalam bahasa Inggeris. Gunakan kamus ya… supaya kamus itu tidak berhabuk… (“,).

ni yang ringkasnya… A physical factor within the environment that harms the musculoskeletal system. Ergonomic hazards include uncomfortable workstation height and poor body positioning.

sambung lagi … sadis sungguh!

*sila tunggu dengan penuh kesabaran …

episod 2 …

adakah ini boleh dikategorikan sebagai hazard?

atau ini … ?

itu iklan sahaja… takder kaitan dengan tajuk hazard dalam kelas ini.

kita sambung isu hazard …,

hazard kimia
Punca??? daripada bahan-bahan kimia.
mengapa ia bahaya???

i. bahan Solven- ia boleh menghakis.. (menghakis?… sangat bahaya)
ii. bahan Racun-mematikan saraf (ini lagi bahaya)
iii. bahan Asbestos- asbestosis
Why is asbestos dangerous? Breathing in air containing asbestos fibres can lead to asbestos-related diseases, mainly cancers of the lung and chest lining. Asbestos-related disease is the biggest occupational health killer within the UK with approx 3,500 people (at 2005 figures) currently dying each year, 25% of these once worked in the building and maintenance trades and often would have worked unknowingly on asbestos containing materials. (sumber: OSHA)
Boleh lihat gambar perbezaan keadaan paru-paru yang sihat dan yang rosak. (Annoying sangat sebab tiap kali kena tunjuk gambar!)

Gambar paru-paru yang sihat…

Paru-paru yang rosak.. kerana asbestos..

Bagaimana imej peparu seorang perokok agaknya ya? Sila bayangkan …

iv. bahan Cadmium- memudaratkan sel
v. bahan Arsenik- memusnahkan sel-sel dalam badan
vi. bahan Silika- silikosis
… dan sebagainya

to be continue…

Adakah anda Hazard???

Siapa Hazard?

“My mother came to Hazard when I was just seven
Even then the folks in town said with prejudiced eyes
That boy’s not right
Three years ago when I came to know Mary
First time that someone looked beyond the rumors and lies
And saw the man inside
We used to walk down by the river
She loved to watch the sun go down
We used to walk along the river
And dream our way out of this town” by Richard Marx…

Owh Tidak! tidak… jangan salah sangka…

Hazard adalah.. punca-punca yang menyebabkan berlaku sesuatu kemalangan.

Risiko pula … segala kemungkinan untuk berlakunya kemalangan

Bahaya? Owh!! iaitu dedahan relatif kepada sesuatu Hazard

ada 4 jenis hazard!!!

i) fizikal
ii) kimia
iii) biologikal
iv) ergonomik

hazard fizikal
a) punca: peralatan tangan, mesin
b) terdedah kepada:
i. Bising
ii. Habuk,
iii. Permukaan jalan/lantai yang licin,
iv. Objek yang tajam,
v. Cahaya lampu terlalu terang/malap,
vi. Peralatan yang telah rosak,
vii. Wayar letrik yang terdedah
selain itu..,
i. objects that fall, fly, are abrasive, or splash
ii. harmful dusts, fumes, mists, vapors, and gases
iii. frayed or damaged electrical cords, hazardous connections and improper grounding

kay, sebagai contoh.. tukul dalam gambar ni.. mengalami ‘crack’ di bahagian kayu pemegang tu. Jadi, alat ini tidak boleh digunakan. nanti tak pasal2 ada kepala tukul yang terpelanting.. tetiba ada lak member tengah tunggu turn kat sebelah.. terkena kat muka dia. haa… kan dah kurang berseri muka awek tu.

bersambung episod 2