Just another WordPress.com weblog

“Kak Ina! Jadual untuk pembentangan dah kuar lum? tampal kat ner?”

pepagi macam ni.. biasanya dah berbahang opis ni dengan pelbagai isu dan gossip hangat.. oleh team gossip girls termasuk diri saya (epppp!! bulan ramadhan tak baik menipu) bukan citer tentang orang lain.. sajer2 citer tentang diri sendiri. mmmm … bergosip jugak.. tapi pagi ni macam lengang jer opis sebab ramai terlibat dengan sesi presentation pelajar sem akhir. ho ho… tak sabar nak tengok lakonan mereka di hadapan.. itu sajerlaaa saat para pelajar menghayati watak untuk menjadi cikgu di depan kelas. kay.. cut it short!! untuk para pelajar tersayang… (saya sangat garang dan menjadikan para pelajar takut dalam kelas… ) di sini saya berikan sedikit tips untuk presentation nanti..

Mempersembahkan (sumpah kenapa teruja gila siap mempersembahkan segala, :P)

TIPS KEYAKINAN DIRI APABILA MEMBUAT PRESENTATION

Pertama, jangan pakai selekeh. Kalau orang yang selekeh terlebih confident pun annoying jugak. tiada siapa yang mahu melihat orang di hadapannya bercakap yang hanya memakai selipar, dan tidak berbau wangi. Jadi penampilan anda pada hari tersebut perlulah hebat dan wangi. Pemilihan pemakaian juga penting terutama dari segi warna baju dan sebagainya. kalau boleh pilihlah warna yang garang untuk memberikan suasana hot n spicy macam tag KFC tu. (eppppp!! ingat puasa!!)tapi bagi yg perempuan janganlah pulak pilih warna baju yg kontra habis dengan tudung. ia tidak elok untuk kesihatan mata yang melihat. Ooooppppsss!! attention to ladies.. pakaian yang agak jarang… dan nipis tidak dibenarkan. bukan apa.. takut konsentrasi para panel tidak jatuh pada slide dan persembahan anda. Sebagai contoh: bayangkan anda sedang petah bercakap semasa presentation dan anda memakai pakaian paling vogue dan canggih

SDC13957

sebagai contoh, anda seorang pemidato dan pembahas terbaik sek dan sedang membuat persembahan. dan barisan juri panel begitu mengkagumi anda dan bersetuju untuk memberikan anda markah 100% tetapi disebabkan begitu teruja dengan pakaian anda itu.. maka panel terlupa untuk menulis nombor 1. cuma sempat menulis angka 0 saja.

Kedua, perihal bentuk badan,Bagi yang berbadan besar dan merasakan mereka tidak versatile dan anggun…, maka mereka tidak perlu berpakaian cantik dan kemas.. perlu ditanamkan dalam hati bahawa… bahawa tiada siapa berbadan seperti Gisele Bundchen, even kalau Gisele beli magazine yang ada gambar dia pun dia terkejut badan dia macam itu. Keep that in mind and be happy.  kalau tak yakin dengan bentuk badan, cari jenis baju yang sesuai dan menonjolkan kecantikkan kamu. Stick to it if you have to. Biar sama style sepanjang zaman dan tak ikut fashion ke apa, janji selesa dan cantik dan beri kamu keyakinan! YA!

Whatever it is, just be true to yourself and jangan body concious sangat. Nobody is perfect, even Barbie pun ada basikal untuk dia jaga bentuk badan (-_-“)

Ketiga, personaliti over physicality! Yang penting personaliti kita harus menarik, tak guna kalau muka gorgeous.. badan marvellous tapi setakat reti cakap pasal cuaca. Kalau suka sangat cakap pasal cuaca, pergi duduk dekat warung-warung kat tepi2 jalan dan disitu tempat yang sesuai untuk anda bertekak dan berhujah tentang hujan pukul berapa nak turun dengan apek-apek kat situ.

Keempat, substance! Jangan cakap crap sahaje (macam saya T_T), hujah anda perlu disertakan dengan bukti yang sah dan paling bagus ada cop mohor SIRIM (sebagai contoh) maksudnyer kenalah berilmiah. Kerana jika anda berpengetahuan, orang suka nak dengar semua yang kita hujahkan dan bicarakan. People look up to you, and hang on to your every word. Tambah pengetahuan dengan membaca yeay! okay!! saya mengaku juga yang saya penggemar buku komik waktu sekolah dulu.. itulah sebabnya saya selalu berangan untuk memilikki pedang setiawan..😛 okay stop it suzana.. banyakkan membaca buku2 yang berjenama yang dikarang oleh para cendekiawan. nota pensyarah pun takper tapi perlu baca lebih banyak bahan tambahan! atau anda boleh melayari Yahoo articles di mana saya kerap tertipu dengan tajuk2 articles yang begitu menarik… T_T

Kelima, juz nak mention… that confidence is not about being full of yourself okay. Listen to what others have to say. Dalam banyak-banyak orang yang bersosial dengan saya, saya suka yang jenis bagi kita jalan nak cakap, ambil pendapat kita dengan serius, tapi still boleh gelak kepada benda yang patut gelak, sekali pun benda itu adalah bodoh. tapi kalau perihal presentation yang ada panel juri untuk komen.. janganlaa anda melawan dan cuba untuk menafikan kesalahan (eppp!! biasa dia yer). cuba untuk menerima teguran dan segala penambahbaikan. ianya penting untuk masa depan anda yang perlukan markah dari panel juri ( macam saya T_T)

Keenam, jangan rasa annoying kalau orang pandang kita, cuba hargai. Jangan sesekali rasa takut sampai nak tutup muka dalam baldi. Jangan sibuk fikir, “eh mesti dia tengok hidung aku yang besar nih” atau pun “alamak lubang pori2 aku sangat besar pagi ni. macam mana ni?”. Think positive baby!! Instead go for “hmm dah agak dah buat selendang/rambut/mekap stylo macam nih, orang akan terpegun.” Walaupun hidung kamu memang agak bersaiz besar.

Ketujuh, jaga kebersihan, selalu check bahu kot-kot ada kelemumur. Beli Head&Shoulders, pakai kat rambut ngan bahu sekali. Check kot2 nafas berbau. Check kot2 bulu telinga perlu trim (ni laki je kan? Dan kucing).

Kelapan, takyah nak please/puaskan hati semua orang. The truth is,
“Ingat!! Kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun tak suka semua orang. betul tak? Jangan tipu.. dosa”

Haha saya begitu chomeyl kerana berusaha untuk buat semua tips ini. Okay pastu untuk lebih menigginkan lagi keyakinan perlu selalu ingatkan diri sendiri yang kita ni cute dan menawan. Eh jangan!!! Itu perasan. okay!! next tips…

Kesembilan, Perihal tajuk yang marvellous!!!
Tajuk presentation dan tajuk projek haruslah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan memberi keghairahan pada barisan panel untuk memberikan sinaran mentari pagi yang cukup menghangatkan terutamanya ketika berada di dalam column jadual yang menyenaraikan nama tajuk2 bagi presentation kumpulan2 pelajar yang lain. Selain itu, tajuk anda juga perlu unik dan catchy supaya senang disebut, diingat dan mudah difahami. Sebagai contoh.. tajuk ‘bagaimana untuk mengenali diri Suzana Wati agar sentiasa dapat markah cemerlang dalam kelas’.

Adalah sangat annoying kepada semua orang yang tidak mengenali saya dan juga kepada anda sumer yang hendak mendengar. Kenapa perlu untuk membaca tajuk yang panjang dan susah untuk mengkaitkan dengan isi kandungan? lagi satu.. siapa Suzana Wati ni dowh sampai perlu untuk anda sibuk2 mengenali dia??? Jujurlaa weihh sama ada anda mahu stay untuk dengar hujah? ha ha.. sajer jer bagi contoh yang merepek begitu. Cuba kalau anda letak tajuk yang begitu straight to the point dan catchy dan kalau boleh guna word yg tipikal yang orang tak perlu tanya “Eh macam mana nak eja?”. kerana panel juri akan sibuk untuk melihat balik slide bagi menulis tajuk anda dalam borang markah disebabkan tajuk present anda begitu susah untuk dieja. Contoh: buffers hotstuffxxxzz

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

kesepuluh Isi kandungan yang hendak dipersembahkan perlu setimpal serta seiring sejalan dengan tajuk. jangan bagi tajuk satu saat menjadi dua detik.. padahal kandungan citer tentang mega sales sempena raya di shopping mall. Tsk T_T

Kesebelas Perkara yang harus dielakkan.ejaan pada slide anda perlu betul dan bukan dengan ejaan pasar dan short form, seperti CHAKAP PUNYE DAN MACHAM DAN.. STOP DAH…  serta eja senang jadi SNG, orang jadi ORG.

kedua belas perihal gambar.
anda adalah termasuk dalam kumpulan sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak dalam slide. Ini adalah major turn off.

ketiga belas Perihal gambar 2.
memang dah lumrah manusia sukakan benda2 cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar (untuk letak di bahagian awal slide atau akhir slide). Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

keempat belas.. perihal eye contact..hubungan mata adalah penting.. tetapi jangan sampai terus terjatuh hati (awas ya!! dengan panahan mata yang terus menusuk ke hati!)

kelimabelas … Tema.
Tema slide adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

keenambelas… menangis!! what the.. dhsagshagdsaghasasd … okay saya akui yang terakhir ini tidak patut dilakukan sebelum dan selepas present. kenapa perlu menangis? mungkin anda sumer berasa terlalu terharu kerana tak sabar untuk present atau pun disebabkan anda berasa sangat teruja untuk berdepan dengan barisan panel juri yang anggun, menawan dan hensem? (owhhh!!! ingat.. tiada siapa yang memuji kita anggun, dan menawan .. melainkan diri kita sendiri yaaa T_T)

setelah penat mencuri masa dan menjeling sana sini untuk menyiapkan entry ni.. silalaa ambil perkara2 yang saya kongsikan ini.. dan kalau boleh silalah utk aplikasikan sedikit sebanyak

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan sewaktu kaunter pertanyaan dibuka sahaja. Ke arah kemajuan bangsa yang gemilang dan terbilang! Bangsa Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: